Pelayanan dan Pesanan Pandangan_Kristian_tentang_Yesus

Walaupun injil sinoptik menumpukan terutamanya hanya pada tahun terakhir perkhidmatan Yesus, Injil Yohanes menunjukkan bahawa pelayanannya berlangsung selama paling tidak tiga Paskah Yahudi dari semasa dia dibaptis oleh Yohanes Pembaptis hingga penyalibannya. Dalam pelayanannya, Yesus menjadi seorang rabi yang berkeliling ke mana-mana dan melakukan mukjizat.

Yesus mengajarkan cinta-kasih universal antara manusia, dan ketaatan pada kehendak Allah. Pesannya mengajarkan bahawa cinta-kasih universal ialah sebuah cara yang lebih langsung untuk memenuhi kehendak Allah, dan bukan semata-mata dengan mematuhi hukum-hukum yang terdapat dalam Alkitab Ibrani. Seringkali, Yesus menyampaikan pesannya melalui kegunaan bandingan.

Beberapa ajarannya kelihatan mengandung paradoks. Ia mengajarkan bahawa yang pertama akan menjadi yang terakhir, dan yang terakhir akan menjadi yang pertama. Ia juga mengajarkan bahawa "barangsiapa mahu menyelamatkan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya; tetapi barangsiapa kehilangan nyawanya kerana Aku, ia akan memperolehnya." (Matius 16:25); dan bahawa keganasan perlu dihadapi dengan sikap anti-keganasan. Yesus berkata bahawa ia membawa damai bagi mereka yang percaya kepadanya, namun ia pun amaran bahawa ia membawa pertentangan kepada dunia, dan menyebabkan ahli-ahli keluarga saling bercanggah (kerana ketidaksepakatan tentang kepercayaan kepadanya). Kegunaan paradoks ialah cara yang diakui untuk memecahkan cara berpikir yang mapan untuk membolehkan suatu pemahaman baru. Contohnya, kegunaan koan dalam cabang Buddhisme tertentu, yang berusaha mengatasi cara berpikir yang berbahaya atau keliru.


Yesus menyampaikan mesej apokaliptik, dan mengatakan bahawa dunia yang kita kenal akan berakhir tanpa terduga-duga. Kerana itu ia mengajak para pengikutnya agar sentiasa waspada dan tetap setia.

Para Bapa gereja perdana lebih jauh mengembangkan pesannya, dan banyak bahagian lainnya dari Perjanjian Baru berkait dengan makna kematian dan kebangkitan Yesus serta implikasinya bagi umat manusia. Sebuah gagsan yang tetap bertahan sepanjang teologi Kristian ialah gagasan bahawa umat manusia ditebus, diselamatkan, atau diberikan peluang untuk mencapai keselamatan melalui kematian Yesus. "Yesus mati untuk dosa-dosa kita" ialah sebuah ajaran Kristian yang umum.

Namun gagasan tentang "keselamatan" telah ditafsirkan dalam banyak cara. Terdapat spektrum yang luas dalam pandangan Kristian tentang hal ini sejak dulu sehingga sekarang.

Sebahagian peristiwa yang menonjol dalam perkhidmatan Yesus, yang dikisahkan kembali dalam Kitab-kitab Injil, antara lain ialah:


  • Ketika Yesus ditanyai manakah perintah yang terpenting dalam hukum Musa, Yesus menjawab bahwa perintah yang terbesar adalah ""Hukum yang terutama ialah: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu." (Markus 12:29-30, menggemakan Kitab Ulangan 6:5), dan pada saat yang sama ia mengatakan bahwa perintah "Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri" (terdapat dalam Kitab Imamat 19:18) pun sama pentingnya.
  • Yesus bertanya kepada murid-muridnya "Menurut katamu, siapakah Aku ini?" Petrus menjawab, "Engkau adalah Mesias, Anak Allah yang hidup!" Yesus menjawab: "Berbahagialah engkau ... Dan Akupun berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya. Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Sorga. Apa yang kauikat di dunia ini akan terikat di sorga dan apa yang kaulepaskan di dunia ini akan terlepas di sorga."
  • Ketika melihat para pedagang melakukan penukaran uang di Bait Allah di Yerusalem, Yesus menagmbil cambuk untuk mengusir binatang-binatang yang dibawa dan dijual oleh para pedagang itu, melepaskan burung-burung dara, dan membalikkan meja-meja para penukar uang itu.
  • Pada hari Kamis malam menjelang Jumat Agung, Yesus mengadakan perjamuan Paskah bersama dengan para muridnya—Perjamuan Terakhir. Pada waktu mereka makan, ia membeikan roti kepada murid-muridnya dan berkata, "Ambillan dan makanlah. Ini adalah tubuhku", dan kemudian memberikan mereka cawan anggur, serta mengatakan, "Minumlah, inilah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa." Banyak denominasi Kristen yang menerima ucapan ini sebagai perintah untuk menyelenggarakan sakramen Perjamuan Kudus atau Ekaristi.


Sejumlah sarjana kontemporari memusatkan perhatian pada bandingan Yesus, suatu bentuk cerita pengajaran yang ditemukan dalam ketiga Injil Sinoptik. Banyak dari kajian ini memperoleh tempat berpijak yang kuat di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an oleh sekolompok pakar Alkitab yang dikenal sebagai Seminar Yesus

Selepas beberapa dekad menurunnya keahlian Gereja di Eropa, muncul minat yang baru terhadap ajaran-ajaran Yesus. The Alpha Course telah membolehkan banyak orang mempelajari mesej Yesus dalam suasana non-evangelistik.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pandangan_Kristian_tentang_Yesus http://www.newadvent.org/cathen/14142b.htm http://www.newadvent.org/cathen/10338a.htm http://books.google.com/?id=z47zgZ75dqgC http://books.google.com/?id=8OJCa6euw5gC http://books.google.com/?id=tHlY94UWi3UC&pg=PA282 http://books.google.com/books?id=sqJ9hi4epJYC&pg=P... http://books.google.com/books?id=j9db9kGwG3MC http://www.fordham.edu/halsall/basis/ephesus.html https://books.google.com/books?id=y_RpbmWNfHcC https://books.google.com/books?id=dbSPOoQfu0IC